|
Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Nov 6, 2005 11:13:04 GMT 8
APAKAH pandangan Islam terhadap mereka yang memakan makanan dibeli oleh orang bukan Islam menggunakan duit menang nombor ekor? Saya bertanyakan hal ini kerana baru-baru ini rakan sekerja saya (bukan Islam) membelanja rakan sekerja termasuk yang beragama Islam kerana dia menang besar.
Kami semua tahu akan hasil wang itu. Adakah kami juga dikira memakan makanan haram?
DINO, Melalui e-mel
|
|
|
Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Nov 6, 2005 11:13:34 GMT 8
WANG hasil judi sememangnya haram. Orang yang berjudi sama ada menang atau kalah tetap berdosa kerana berjudi adalah haram hukumnya di sisi Islam. Bagi mereka yang menang pula berganda dosa kerana ditambah, disebabkan memiliki wang haram.
Dosa itu pula akan bertambah lagi jika digunakan untuk membeli barang-barang. Kalau barangan makanan dibeli seterusnya dimakan maka jadilah hatinya digelap makanan haram itu. Bayangkan berapa banyak dosa yang diperolehnya.
Andainya wang itu dibelanjakan pula pada orang lain maka hukum haram itu tetap kekal dan ia berpindah kepada orang itu pula. Orang yang menerima kalau dia tahu wang itu adalah haram maka dia juga berdosa sebaliknya jika dia tidak tahu, tidak jika dia mengambilnya.
Cuma wang yang haram itu tetap haram dan jika dimakan hasilnya maka hatinya tetap gelap dengan sebab haram itu.
Walaupun dia tidak berdosa mengambilnya kerana tidak tahu namun hatinya tetap disaluti barang haram. Ini akan menggelapkan hatinya. Yang sebaiknya setiap wang yang diberikan kepada kita hendaklah dikenal pasti sama ada halal ataupun haram.
Sekiranya kita yakin orang yang memberikan kepada kita itu memang kaki nombor ekor (judi) lebih baik kita tidak menerimanya. Tolaklah pemberiannya dengan akhlak yang baik.
|
|