|
Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Nov 6, 2005 13:40:49 GMT 8
Bolehkah seorang wanita yang didalam keadaan haid mengamalkan doa-doa yang di petik dari ayat Al-Quran (dengan niat berdoa)?
Juhanizah, Subang Jaya
|
|
|
Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Nov 6, 2005 13:41:04 GMT 8
Ada berbagai pendapat tentang boleh dan tidaknya seseorang itu membaca Al-Quran ketika mereka sedang haid atau berjunub. Pendapat yang mengatakan wanita haid tidak boleh membaca Al-Quran sesuai dengan dalil Al-Quran maksudnya: "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang disucikan". (Al Waqiah ayat 79). Kemudian menurut hadis Rasulullah SAW maksudnya: "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang suci". (Riwayat Tabrani) Pendapat yang mengatakan boleh mereka berdasarkan sebuah hadis yang umum bermaksud: "Bahawa Rasulullah SAW berzikir kepada Allah dalam segala keadaan. Menurut riwayat bahawa Ibnu Abbas membaca wirid ketika berjunub. Bahkan beliau ada berkata "Telah bercerita kepadaku Abu Sufyan bahawa Harqal menyeru orang ramai dengan membaca kitab Nabi SAW iaitu dalam keadaan berjunub".
Diceritakan oleh Abu Tsaur dari Imam Syafe'i bahawa wanita yang sedang haid dibolehkan membaca Al-Quran. Tentang penafsiran mereka ayat yang menyebutkan: "Tidak menyentuh Al-Quran kecuali orang-orang yang disucikan" (Al Waqiah ayat 79) Maksud ayat disini adalah orang-orang kafir dilarang menyentuh Al-Quran.
Untuk lebih jelas kita rujuk pendapat-pendapat ulama muktabar. Menurut mazhab Abu Hanifah, mazhab Syafe'i dan Ahmad mengatakan :Wanita haid dan junub boleh membaca Quran tanpa memegang kitab.
|
|