Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Nov 6, 2005 7:27:18 GMT 8
Soalan:
RAYA ini saya menyambutnya tanpa suami tersayang yang meninggal ketika bertugas di Sabah pada pertengahan tahun ini. Penderitaan ini saya rasakan seumpama tidak berpenghujung lebih-lebih lagi ketika di hari lebaran. Segala-galanya terlalu mengusik jiwa. Ketika terlihat baju-bajunya tergantung rapi di almari. Ketika melihat bangku tempat dia merehatkan diri selepas penat bekerja.
Saya sering mendengar penderitaan insan yang kehilangan pasangan. Tetapi kali ini ia datang menimpa diri sendiri. Segala-galanya tinggal kenangan indah yang terlalu menyayat hati yang tidak mungkin berkunjung semula.
Hati bertambah sayu apabila merenung mata bulat anak kecil tunggal yang masih belum memahami kehidupan dan penderitaan yang dialami oleh ibunya.
Saya tahu bahawa perasaan ini tidak memberi apa-apa makna, tetapi inilah penderitaan yang sedang saya alami yang tidak mudah difahami kecuali oleh orang yang senasib dengan saya. - Nurain, Ipoh, Perak.
Jawapan:
Perlu diyakini bahawa setiap yang hidup di dunia ini akan mati. Demikianlah penjelasan yang termaktub dalam surah Ali Imran: 185, yang membezakan ialah apabila seseorang itu akan mati, kenapa, di mana dan dalam keadaan bagaimana, mati sebelum berlaku hari kiamat atau kerana hari kiamat.
Dalam surah an-Nisa': 78 dijelaskan: Di mana saja kamu berada, pasti kamu akan dicapai oleh kematian itu, sekalipun kamu berada di dalam gedung yang tinggi-tinggi. Dalam surah al-Jumuah: 8 pula dijelaskan: Katakanlah wahai Muhammad: Sesungguhnya kematian yang kamu semua larikan diri daripadanya itu, sebenarnya ia akan menemui kamu semua.
Maka apabila sudah tiba ajal (waktu kematian), orang itu, tidak dapatlah mereka melambatkannya sekalipun sesaat dan tidak dapat pula mempercepatkannya.
Sesungguhnya masalah yang berkaitan dengan roh atau kematian adalah termasuk dalam urusan Allah, di mana tidak ada makhluk yang mengetahui hakikatnya dan manusia tidak dianugerahkan ilmu pengetahuan mengenainya kecuali sedikit (al-Isra': 85).
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa melebihi seluruh hamba-Nya serta Dia pula yang mengutus para malaikat penjaga kepadamu semua, sehinggalah apabila salah seorang daripada kamu didatangi kematian maka malaikat tadi mencabut roh. Malaikat itu sama sekali tidak ada yang melalaikan kewajipannya (al-An'am: 61).
Kematian pada hakikatnya adalah perpindahan hidup daripada alam fana ke alam baqa, perpisahan antara roh dengan jasad. Allah menjadikan jasad itu binasa akhirnya, tetapi roh kekal buat selama-lamanya. Dijelaskan dalam hadis-hadis tentang nikmat dan seksaan selepas roh itu berpisah daripada jasad. Andainya roh itu binasa selepas berpisah daripada jasad, maka tidak akan berlakulah azab atau nikmat pada hamba berkenaan (Ali-Imran: 169).
Dalam surah al-An'am: 93 Allah menggambarkan tentang roh yang dibawa naik ke langit dan turun darinya, dipegang, keluar daripada jasad. Ketika roh itu naik ke langit, setiap malaikat yang ada antara langit dan bumi berselawat, lalu pintu-pintu langit itu dibuka. Begitu juga digambarkan tentang roh yang naik dari langit ke langit.
Jelasnya kematian adalah satu kepastian yang hakikatnya hanya diketahui oleh Allah dan amat sedikit dimaklumi oleh manusia. Hal demikian memperlihatkan tentang kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Dialah raja langit dan bumi, di dunia dan akhirat yang tidak disekutukan oleh sesuatu.
Allah menentukan qadak dan qadar. Dan hanya Allah yang mengetahui rahsia di sebalik qadak dan qadarnya. Seorang lelaki telah menemui Rasulullah s.a.w. mengadu hartanya telah musnah. Rasulullah menjawab, sesungguhnya Allah apabila Dia mengasihi seorang hamba. Dia akan mengujinya, dan apabila menguji, Allah akan memberi kesabaran kepadanya.
Dalam menghadapi masalah-masalah yang mendatang, sama ada merupakan sakit, kehilangan pancaindera, harta benda, kematian dan sebagainya, manusia sering berasa hampa dan ada kalanya menemui jalan buntu, apabila masalah-masalah tersebut tidak dapat diatasi setelah puas berusaha dan berdoa.
Kehampaan dan penderitaan tidak mengatasi masalah yang telah atau sedang dihadapi. Dalam hal seumpama ini tidak ada sesuatu yang boleh menolak takdir. Hanya kesabaran yang perlu.
Allah menganugerahkan pahala balasan bagi setiap kesabaran yang dilakukan, lahir daripada qadak dan qadar yang telah ditentukan oleh-Nya (al-Anfal:47, az-Zumar:10, al-Baqarah: 294, al-Imran: 146). Kehampaan, putus asa atau hilang kesabaran menghilangkan pahala sabar.
Sesungguhnya penderitaan yang dialami, sama ada merupakan penyakit, kefakiran atau kematian itu ada kalanya merupakan kifarah Allah terhadap hamba berkenaan iaitu balasan Allah terhadap dosa atau dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang ketika masih hidup di dunia. Ketika Hasan Al-Basri terhantuk semasa memerhatikan temannya seorang wanita yang dikenali sejak jahiliah, baginda bersabda: Apabila Allah itu mahukan sesuatu kebaikan itu berlaku ke atas seseorang hamba, Allah akan mempercepatkan balasan dosanya ketika hidup di dunia.
Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia melakukan satu dosa, lalu ditimpa bala ketika hidup di dunia, maka maha suci Allah daripada mengazabnya buat kali kedua.
Ada kalanya anak Adam itu tidak berupaya untuk mencapai makam tertentu atau makam yang lebih tinggi daripada apa yang sedang diperoleh olehnya di akhirat kelak berdasarkan amal ibadah yang dilakukannya. Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani itu mahu meletakkannya di satu makam yang lebih tinggi. Dengan demikian Allah akan mengenakan bala terhadap jasadnya. Dalam masa yang sama Allah memberi kesabaran kepadanya maka dengan demikian ia akhirnya mendapat makam yang lebih tinggi daripada yang dicapai olehnya.
Doa-doa yang dilafazkan oleh seorang hamba merupakan ingatan ataupun keluhan hamba berkenaan kepada Allah. Sesungguhnya Allah terlalu hampir kepada hamba yang berdoa lebih hampir daripada apa yang dilakukan oleh hamba berkenaan. Seorang hamba yang memahami rahsia di sebalik doa, akan terus berusaha, sambil berdoa, biarpun doa-doanya masih belum dilaksanakan atau ditunaikan oleh Allah.
Berdoa
Dalam sebuah hadis riwayat daripada Ibn An-Najjar, katanya, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya malaikat Jibrail ditugaskan memenuhi hajat-hajat Bani Adam. Maka apabila seorang kafir itu berdoa, Allah berkata: Wahai Jibril, sempurnakan hajatnya, sesungguhnya aku tidak suka mendengar permohonannya. Dan apabila seorang hamba mukmin itu berdoa, Allah berkata: Wahai Jibrail tahan dahulu hajatnya, sesungguhnya aku suka mendengar permohonannya.
Ada tiga perkara barang siapa diberi akan dia, maka sesungguhnya dia dianugerahkan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat, reda terhadap qadak dan qadar Allah, sabar terhadap bala yang menimpa dan berupaya berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang.
Semua orang berasa sedih dengan kehilangan orang yang disayangi, lebih-lebih lagi kehilangan suami yang dikasihi; tempat bermanja, mengadu kasih, dan tempat bergantung. Berasa dunia ini seumpama tidak bermakna lagi. Semakin banyak seseorang itu memikirnya, maka semakin pilu dan sengsara terasa. Kadang-kadang, ingatan-ingatan indah yang berlalu itu diusahakan agar dibiarkan berlalu sendiri tetapi ia tidak semudah yang dijangka, kerana banyak hal sensitif yang datang menerpa dalam penglihatan lalu disalurkan melalui otak dan perasaan.
Orang yang bijak ialah mereka yang berupaya mengekang hawa nafsunya serta beramal untuk bekalan mati. Sedangkan orang yang kurang bijak ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya serta mengaku baik terhadap Allah - riwayat Tirmizi.
Sesungguhnya, ingatan yang mencetuskan penderitaan itu akhirnya akan hilang begitu sahaja yang akhirnya akan hanya meninggalkan ingatan atau kenangan semata-mata. Kesemuanya bergantung kepada ketabahan dan keazaman untuk hidup di alam nyata.
Manusia sekiranya mendongak ke langit, ia akan menyedari bahawa langit di atasnya begitu tinggi sebaliknya kalau ia merenung ke bumi, ia akan menyedari bahawa bumi itu zahirnya adalah paling rendah. Masih banyak lagi orang yang menderita lebih teruk daripada puan yang kehilangan suami. Banyak mereka yang kehilangan semua keluarga, harta benda, jiran dan taulan yang tinggal hanya jasad dan pakaian yang terlekat di badan. Ketika itu puan akan menyedari bahawa puan adalah di antara manusia yang masih beruntung.
Untuk menghilangkan penderitaan, puan perlu perkuatkan roh. Caranya ialah dengan beribadah di waktu malam, iaitu bangun lebih kurang pada pukul 3 pagi, sembahyang taubat, beristighfar, tahajud, tasbih, zikir, selawat dan memuji-muji menyebut nama Allah yang 99 dan akhir sekali sembahyang hajat. Puan akan memperoleh ketenangan dan rasa yakin diri. Dengan demikian puan akan rasa lebih tabah dan yakin menghadapi hari-hari yang akan datang.
Rasulullah menjelaskan bahawa barang siapa selalu beristighfar, Allah akan beri jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapi, memberi kegembiraan setiap dukacita yang menimpa dan Allah akan memberinya rezeki banyak yang tidak dapat dihisab. Mohon keampunan kepada Allah (istighfar) sekurang-kurangnya 100 kali selepas melakukan sembahyang taubat, yang diakhiri dengan bacaan Sayyidu `J-Istighfar (Penghulu Segala Istighfar).
Mohon hajat ketika sujud. Mohon agar Allah permudahkan segala urusan dan mohon agar Allah memberi sesuatu yang lebih baik berbanding dengan kehilangan yang menyebabkan penderitaan terhadap orang yang dikasihi.