Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Nov 6, 2005 11:11:06 GMT 8
SYAWAL juga mengingatkan umat Islam kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada bulan raya ini, seperti Perang Uhud, Ahzab (Khandak) dan Hunain.
Ketiga-tiga peperangan disertai Rasulullah bersama sahabat ini mencatatkan suasana, keputusan dan pengajaran berbeza untuk sama-sama kita renungi.
Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai kemenangan, tetapi akibat kumpulan pemanah melanggar perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.
Pasukan pemanah Islam melanggar perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta rampasan perang yang ditinggal musuh.
Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk Islam, mengambil peluang itu melakukan serangan mengejut sehingga berlakunya kekalutan. Ini ditambah lagi dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah wafat.
Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu dia melaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang tentera Islam.
Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru. Pada peringkat kedua ini, tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang syahid, termasuk Sayidina Hamzah Abdul Muttalib yang digelar As'adullah (Singa Allah).
Pada peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur langkah menyerang Madinah. Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu apabila mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang balas.
Kekalahan pada peringkat kedua ini berlaku akibat pelanggaran perintah nabi selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.
Peristiwa ini mudah diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).
Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu.
Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda. Tentera bersekutu kufar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.
Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan. Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 musyrikin dibunuh.
Akhirnya Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab.
Kemenangan yang dicapai kerana kesatuan antara tentera Islam bermula sejak usaha menggali parit ketika menunaikan ibadat puasa Ramadan.
Ini ditambah dengan ikatan hati mereka kepada Allah, di samping perancangan lain sehingga Allah datangkan pertolongan dan kemenangan.
Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab (bermaksud): "Ketika orang-orang yang beriman melihat pasukan Ahzab, maka mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan rasul-Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan rasul-Nya." Dan demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka, melainkan keimanan dan ketundukan.
Bilangan tentera musuh antara 20,000 dan 30,000, manakala tentera Islam pimpinan Rasulullah berjumlah 12,000 (10,000 dari Madinah dan 2,000 dari Makkah). Mereka keluar menuju ke lembah Hunain.
Peperangan ini menyaksikan bagaimana pada peringkat pertama tentera Islam hampir kalah akibat diserang dari pelbagai penjuru, selain serangan saraf bahawa Rasulullah wafat.
Ketika suasana kacau-bilau ini, Rasulullah melaungkan suara bagi membangkitkan semangat jihad tentera Islam. Baginda bersama 200 tentera yang terus berjuang bukan saja mengalahkan tentera musuh yang ramai, malah mengepung mereka di Taif.
Akhirnya Rasulullah tidak melakukan sesuatu kepada mereka, sebaliknya berdoa kepada Allah supaya mereka memeluk Islam.
Peperangan ini menyaksikan bagaimana tentera Islam hampir kalah pada peringkat pertama (kerana begitu yakin menang dengan jumlah tentera yang ramai berbanding peperangan sebelum ini). Pertautan hati dengan Allah begitu kurang kerana terlalu memikirkan harta rampasan perang yang bakal diperolehi, selain ramai tentera membabitkan golongan yang baru memeluk Islam.
Keimanan dan semangat jihad mereka masih lemah. Namun, Allah tetap memenangkan tentera Islam kerana masih ada tentera mujahid yang tinggi semangat jihad serta pertautan hati mereka dengan Allah.
Firman Allah (bermaksud): "Sesungguhnya Allah menolong kamu di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah Perang Hunain, iaitu ketika kamu berasa bangga kerana ramainya jumlah kamu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.
Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir.
Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir." – (at-Taubah: 25-26) Melalui tiga peperangan tadi, kita patut sedar bahawa antara perkara besar yang menjadi syarat kemenangan adalah tahap pertautan hati dengan Allah ketika berdepan musuh.
Turut penting adalah ketaatan kepada pemimpin pada perkara yang tidak bercanggah dengan Islam serta tidak terpesona dengan godaan kemewahan dunia hasil perjuangan menegakkan Islam.

- Perang Uhud – berlaku pertengahan Syawal 3 Hijrah. Tentera kafir Quraisy ingin membalas dendam atas kekalahan Perang Badar setahun sebelum itu.

- Perang Ahzab – berlaku mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.
Peristiwa ini mudah diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).
Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu.
Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda. Tentera bersekutu kufar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.
- Pertempuran besar:
Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan. Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 musyrikin dibunuh.
Akhirnya Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab.
Kemenangan yang dicapai kerana kesatuan antara tentera Islam bermula sejak usaha menggali parit ketika menunaikan ibadat puasa Ramadan.
Ini ditambah dengan ikatan hati mereka kepada Allah, di samping perancangan lain sehingga Allah datangkan pertolongan dan kemenangan.
Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab (bermaksud): "Ketika orang-orang yang beriman melihat pasukan Ahzab, maka mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan rasul-Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan rasul-Nya." Dan demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka, melainkan keimanan dan ketundukan.
- Perang Hunain – berlaku pada Syawal 8 Hijrah (selepas pembukaan kota Makkah).