Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Nov 6, 2005 7:45:47 GMT 8
Dipetik dari Utusan Malaysia
------------------------------------
Oleh ASTORA JABAT
ISLAM tidak bercanggah dengan sains, tetapi ulama sahaja yang menjadikannya percanggahan. Bukan dalam semua perkara ulama menjadikan Islam bercanggah dengan sains, tetapi mereka melakukan perkara itu dalam sesetengah perkara termasuk soal penentuan anak bulan yang menyebabkan umat Muslim berpuasa dan beraya berbeza-beza selama tiga hari.
Ambil contoh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Libya beraya pada hari Rabu 2 November. Libya nampaknya menggunakan pendekatan perkiraan falak seperti Turki kerana Pusat Astronomi Libya melalui penyelidikan falak yang dijalankannya mendapati bahawa 1 Syawal jatuh pada 2 November lalu.
Kebanyakan negara Islam beraya pada hari Khamis, 3 November termasuk Malaysia, Indonesia (ada penduduknya beraya pada hari Rabu seperti di Jember, Jawa Timur), Arab Saudi, Mesir, Kuwait, Sudan, Tunisia, Algeria, Jordan, Lebanon, Syria, Palestin, Turki dan Azerbaijan.
Beberapa negara Islam lain beraya pada hari Jumaat 4 November seperti Pakistan, Maghribi dan Brunei.
Negara-negara Islam berbeza-beza dalam menggunakan perantara atau pendekatan untuk menentukan awal bulan Hijrah termasuk awal Ramadan dan Syawal. Dari segi perantara atau pendekatan negara-negara Islam itu terbahagi kepada tiga.
1. Negara-negara Islam yang menggunakan perantara atau pendekatan melihat anak bulan (rukyah al-hilal) dan ia menolak perkiraan falak (al-hisab al-falaki). Negara-negara Islam itu tidak akan berpuasa dan beraya kecuali berdasarkan perantara atau pendekatan melihat anak bulan itu.
2. Negara-negara Islam yang menggunakan pendekatan perkiraan falak dan melihat anak bulan sekali gus seperti Malaysia.
Bernama pada 26 Oktober lalu melaporkan bahawa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal di Malaysia ditetapkan pada petang Rabu 2 November.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja itu, sebanyak 28 lokasi di seluruh negara telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.
Laporan itu menyebut, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Pada Rabu 2 November lalu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengumumkan Hari Raya Puasa ditetapkan pada hari Khamis 3 November.
Malaysia mula berpuasa pada hari Rabu, 5 Oktober dan beraya pada 3 November. Kita berpuasa sama seperti negara-negara Islam yang beraya kerana tidak dapat melihat anak bulan Ramadan. Cuma kita hanya berpuasa selama 29 hari sedangkan negara-negara Islam lain yang juga berpuasa tanpa dapat melihat anak bulan Ramadan seperti Arab Saudi, Mesir, Brunei dan lain-lain menggenapkan puasa 30 hari.
Sepatutnya jika kita mula berpuasa lewat satu hari dari kebanyakan negara Islam maka kita tidak beraya sama dengan negara-negara Islam itu.
Bagaimanapun, mungkin disebabkan mengikut perkiraan falak Ramadan tahun ini (1426/2005) hanyalah 29 hari, maka dengan itu kita berpuasa selama 29 hari.
3. Negara- negara Islam yang menggunakan perantara atau pendekatan perkiraan falak seperti Turki dan Libya.
Ada tiga bulan
Melihat cara umat Muslim berpuasa dan beraya seolah-olah bumi kita ada tiga bulan dan bukan lagi satu bulan. Libya yang beraya pada Rabu, 2 November boleh dikira ada satu bulan khusus baginya.
Malaysia, Arab Saudi dan kebanyakan negara Islam yang beraya pada hari Khamis 3 November pula boleh dikira ada satu bulan lain dan ia merupakan bulan kedua. Manakala Pakistan, Iran, Brunei dan Maghribi yang beraya pada hari Jumaat 4 November boleh dikira ada satu bulan lagi dan merupakan bulan ketiga.
Bagaimanapun, semua perbezaan itu bukan saja berlaku kerana ada negara-negara Islam yang nampak anak bulan dan ada negara-negara Islam lain tidak nampak anak bulan, tetapi ia juga disebabkan sains atau falak di negara-negara Islam bersifat tidak meyakinkan.
Sains atau falak di negara-negara Islam sama seperti fikah kerana ada bermacam-macam mazhab dan tidak bersifat putus atau qatiiyyah. Ia berbeza dengan sains atau falak di negara-negara Barat.
Sebagai contoh penentuan hari melihat anak bulan Syawal yang berbeza selama tiga hari seperti Selasa, Rabu dan Khamis adalah ditetapkan oleh sains, iaitu falak.
Dalam erti kata lain tindakan melihat anak bulan berhasil atau tidak berhasil adalah berdasarkan betul atau tidak betul penentuan hari melihat anak bulan melalui kaedah sains atau falak itu.
Kelam-kabut
Jadi dari sini kita dapat mengetahui bahawa perbezaan hari melihat anak bulan di negara-negara Islam sendiri sudah menjadi bukti yang jelas bahawa saintis atau ahli falak Muslim menggunakan kaedah sains atau falak secara tidak betul untuk menentukan hari melihat anak bulan. Ini kerana jika mereka menggunakan kaedah sains atau falak dengan betul sudah tentu semua negara Islam boleh melihat anak bulan pada hari yang sama dan ada kemungkinan untuk mula berpuasa dan beraya serentak walaupun masih menggunakan kaedah mencerap anak bulan.
Tetapi apa yang berlaku ialah orang Muslim menjadi kelam-kabut sejak dari penentuan hari mencerap anak bulan lagi. Sains atau falak dijadikan seperti ilmu nujum sahaja.
Penulis terbaca sebuah laporan saintifik yang dikeluarkan oleh Persatuan Astrologi dan Astronomi Arab baru-baru ini yang menyebut bahawa semua negara Islam tidak akan dapat melihat anak bulan tahun ini dan puasa akan genap 30 hari. Negara-negara Islam yang mula berpuasa pada hari Selasa 4 Oktober, kata laporan itu akan beraya pada hari Khamis 3 November, negara-negara Islam lain yang mula berpuasa pada hari Rabu 5 Oktober akan beraya pada hari Jumaat 4 November.
Itu sains negara-negara Arab, tetapi sains Pakistan berlainan pula. Ini kerana Pakistan pada penelitian rambang penulis hanya satu-satu negara Islam yang dikatakan beraya tahun ini pada hari Jumaat 4 November kerana dapat melihat anak bulan. Nasib baik Pakistan dapat melihat anak bulan. Jika tidak, ia akan beraya pada hari Sabtu 5 November.
Penulis juga ada membaca laporan mendakwa Iran dan Maghribi yang beraya pada hari Jumaat 4 November kerana dapat melihat anak bulan Syawal. Tetapi bila memeriksa beberapa akhbar Iran dan Maghribi secara dalam talian didapati laporan itu tidak betul kerana kedua-dua negara itu juga tidak dapat melihat anak bulan Syawal.
Anak bulan yang mana dilihat di Pakistan?
Penulis tiada jawapan, tetapi jika betul Pakistan dapat melihat bulan, maka tindakan kebanyakan negara Islam mengintai anak bulan hari Selasa 1 November seperti Arab Saudi dan segelintir negara Islam yang mengintai anak bulan pada hari Rabu 2 November termasuk Malaysia tidak betul belaka.
Bagaimanapun, perlu diterangkan bahawa biasanya ulama di Pakistan pun kurang memberi perhatian kepada keputusan mula berpuasa dan beraya yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan. Selain itu sudah menjadi adat orang Muslim di sana mencerap anak bulan sendiri dan berpuasa dan beraya mengikut ketetapan mereka.
Kelam kabut dalam menentukan anak bulan sudah tentu menimbulkan masalah bukan sedikit kepada umat Muslim dan umat-umat agama lain kerana sukar untuk melakukan urusan antara mereka. Maklumlah hubungan umat Muslim dengan bukan Muslim kini sangat luas dan penting.
Di negara-negara Barat kesukaran untuk membuat urusan dengan orang Muslim semakin jelas disebabkan mereka akan berpuasa dan beraya mengikut negara asal masing-masing. Dianggap nasib tahun ini kerana kebanyakan masyarakat Islam mula berpuasa dan beraya serentak di mana menyebabkan kebanyakan perantau Muslim dari negara-negara Barat boleh berpuasa dan beraya bersama.
Namun perlu diketahui bahawa masjid di Barat dikuasai oleh orang Arab dan orang Pakistan/India.
Bagi tahun ini kebanyakan masjid yang dikuasai orang Arab beraya pada hari Khamis 3 November. Manakala masjid-masjid yang dikuasai oleh Pakistan/India akan beraya hari Jumaat 4 November. Ia satu gambaran yang tidak begitu baik tentang umat Muslim dan agama Islam.
Sebenarnya sudah ramai ulama yang berani menyeru supaya umat Muslim berpuasa dan beraya serentak seperti dilakukan ketika mereka mengerjakan haji. Tetapi seruan mereka ini tidak dapat melawan golongan ulama jumud dan dogmatis yang menolak perubahan.
Di antara ulama yang berani membuat seruan menyatukan hari berpuasa dan beraya itu ialah Syeikh al-Azhar Syeikh Dr. Mohammed Sayed Tantawi dan Dr. Yusuf al-Qaradawi.
Terdapat ramai cerdik pandai Muslim menganggap tidak perlu menyatukan hari berpuasa dan beraya kerana penentuannya dianggap tidak dituntut dalam Islam kerana ia tergolong daripada perkara-perkara khilafiah.
Penulis bersetuju menganggap penentuan hari mula berpuasa dan beraya adalah perkara khilafiah, tetapi perlu diingat tidak semua perkara khilafiah patut dilaksanakan terutama jika merupakan syiar umum besar yang menjadi lambang Islam dan umatnya.
Malah jika merujuk kepada kitab-kitab fikah, kita dapati bahawa dalam Mazhab Asy-Syafii ada ruang untuk menyatukan hari mula berpuasa dan beraya. Dalam satu pandangan Mazhab Asy-Syafii disebut bahawa bagi negeri-negeri berhampiran, hukumnya satu dan bagi negeri-negeri berjauhan, hukumnya ada dua bentuk.
Pertama, kebanyakan ulama berkata tidak wajib dan kedua, segelintir berkata wajib.
Maksud jika negeri-negeri itu berdekatan antara satu sama lain seperti antara Baghdad dan Kufah, Mekah dan Madinah dan sebagainya, maka wajib mengikut satu hukum yang menentukan hari mula berpuasa dan beraya. Jika salah satu negeri mengisytihar puasa atau raya, maka negeri-negeri lain pun ikut berpuasa dan beraya juga.
Mengenai negeri-negeri yang berjauhan pula seperti antara Mekah dan Kaherah, Tunis dan Rabat dan sebagainya menurut kebanyakan ulama dalam Mazhab Asy-Syafii tidak wajib mengikut satu hukum yang menentukan puasa dan raya yang dikeluarkan oleh sesebuah negeri. Sebaliknya setiap negeri yang berjauhan itu mesti ada hukum tersendiri. Tetapi segelintir ulama Mazhab Asy-Syafii menganggap negeri-negeri yang berjauhan boleh mengikut hukum yang dikeluarkan oleh salah satu negeri berkenaan.
Kemampuan
Bagaimanapun, pandangan yang paling canggih adalah pandangan Ibnu Abdul Barr dan Ibnu Taimiyyah yang tidak melihat dari segi jarak kedudukan dekat atau jauh sesebuah negeri dari sesebuah negeri lain yang dapat melihat anak bulan, tetapi mereka berdua melihat dari segi kemampuan sampai berita anak bulan dapat dilihat ke sesebuah negeri atau negara.
Dalam erti kata lain selagi mana berita dapat melihat anak bulan itu dapat disebarkan ke mana saja di bumi ini, maka boleh dijalankan puasa dan raya serentak.
Dulu berita anak bulan dapat dilihat di Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w. hanya mampu disebarkan ke pekan-pekan dan bandar-bandar berhampiran di mana jarak perjalanan dengan kuda dan unta kira-kira separuh hari. Dari sinilah muncul fatwa ulama fikah mengatakan negeri-negeri berhampiran boleh mula berpuasa dan beraya serentak. Malah dari sini juga muncul fatwa ulama membataskan keharusan berpuasa dan beraya serentak dengan jarak dibenarkan sembahyang qasar.
Dengan menggunakan kaedah yang sama, kita dapat mengeluarkan hukum ijtihad baru membolehkan umat Muslim mula berpuasa dan beraya serentak di seluruh dunia kini. Kerana kemampuan sampai berita anak bulan dapat dilihat boleh disebarkan ke setiap pelosok dunia hanya dalam beberapa saat sahaja.
Akhrul kalam penulis mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin serta selamat maju jaya dalam kerjaya dan semua aspek kehidupan, amin.