Post by Nizar on Nov 2, 2005 10:49:30 GMT 8
KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah rendah di Cheras gempar apabila tiga lembaga didakwa toyol didapati ‘terkepung’ dan tidak dapat melarikan diri ketika cuba mencuri wang RM50 dari dalam pejabat guru besar di sekolah terbabit, Sabtu lalu.
Makhluk halus yang dikatakan berwarna hijau dan setinggi paras betis itu didakwa enggan meninggalkan bilik terbabit berikutan takut dibunuh ‘pemiliknya’ kerana gagal menjalankan tugas.
Seorang guru agama di sekolah berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, ketiga-tiga toyol terbabit mula menceroboh masuk ke sekolah itu dan cuba melarikan wang dari dalam tas tangan milik guru besar.
Menurutnya, kejadian itu bagaimanapun disedari guru besar berusia awal 40-an itu yang menjerit menyebabkan makhluk halus itu tidak sempat melarikan wang berkenaan.
“Makhluk halus terbabit bagaimanapun enggan meninggalkan bilik pejabat guru besar berkenaan kerana arahan yang diberikan ‘tuannya’ belum terlaksana.
“Malah, makhluk halus yang didakwa masih muda itu hanya duduk dan melompat girang di atas sofa panjang dalam bilik guru besar terbabit serta enggan meninggalkan bilik terbabit,” katanya ketika ditemui.
Guru sekolah itu yang hanya mahu dikenali Mohd, 30, berkata kewujudan toyol terbabit hanya mampu dilihat guru besar, selain seorang guru wanita dan kerani sekolah terbabit.
“Bukan sebarangan orang yang dapat melihatnya kecuali dianugerahkan Tuhan dengan kebolehan itu.
“Hasil interaksi dengan toyol terbabit, kami mendapat tahu mereka diarah tuannya supaya mencuri tiga keping not RM50 daripada guru di sekolah ini,” katanya.
Menurutnya, toyol terbabit sebelum ini mencuri dua keping not RM50 daripada guru di sekolah berkenaan dan sudah menyerahkan kepada tuannya.
“Bagaimanapun, makhluk halus itu gagal dalam operasi ketiga dan mereka terus terkurung di bilik itu. Toyol terbabit memberitahu tidak berani pulang ke sisi tuannya kerana takut dibunuh kerana ingkar perjanjian.
“Apabila ditanya sama ada `tuan’ mereka memberikan darah sebagai makanan, toyol terbabit sebaliknya memberitahu mereka diberikan makan ayam,” katanya.
Menurutnya, beberapa guru agama sekolah terbabit cuba memaksa kumpulan toyol terbabit beredar namun gagal.
“Toyol terbabit yang diberi main biji kacang hijau sebaliknya dilihat semakin lemah kerana beberapa hari tidak diberi makan oleh ‘tuannya’,” katanya.
Sementara itu, guru besar sekolah terbabit yang ditemui Harian Metro berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalau makhluk halus terbabit dari dalam biliknya.
“Jika dipandang secara batin, makhluk halus terbabit kelihatan seperti kanak-kanak kecil yang baru berjalan dengan raut wajah penuh simpati. Kerana itulah saya terpaksa minta bantuan individu yang berpengalaman untuk mengatasinya.
“Memang kewujudan toyol sukar dipercayai sesiapa apatah lagi makhluk halus itu tidak dapat dilihat semua orang. Namun agama Islam sendiri tidak menafikan wujudnya makhluk lain berbentuk jin yang mendiami muka bumi ini selain manusia, syaitan dan iblis,” katanya.
Berikutan masalah itu, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terpaksa meminta bantuan dua ustaz dalam usaha mengusir makhluk halus terbabit.
Kedua-dua ustaz terbabit dibawa ke bilik guru besar terbabit di tingkat dua sekolah sebelum memulakan interaksi dengan makhluk halus yang duduk di atas sofa panjang.
Mereka kemudian memulakan bacaan ayat Kursi beramai-ramai diikuti bacaan beberapa surah al-Quran.
Kira-kira 10 minit selepas itu, ustaz terbabit secara perlahan-lahan mengangkat tangan seolah-olah meminta makhluk halus itu beredar.