|
Post by Nizar on Nov 1, 2005 13:37:06 GMT 8
benarkah kalau tiap kali sejurus sahaja solat, kita kene pastikan kita trus tidur, tidak berbual dengan sesiapa pun....Pendek kata, nak solat ni kita kena pastikan lepas tu dah memang masa untuk tidur, takda nak keluar gi dapur makan lagi ke, gi bilik air buat kerje lain ke... Adakah ini betul?
|
|
|
Post by Nizar on Nov 1, 2005 22:25:48 GMT 8
Menghubungkan mimpi dgn istikharah adalah sesuatu yg salah yg perlu mendapat pelurusan. Begitu pula anggapan bahwa tdk ada istikharah kecuali di waktu malam sebelum tidur agar dapat diketahui mana yg baik utk dijalankan melalui mimpi adalah keyakinan yg keliru. Juga sudah kita tahu bahwa tujuan orang istikharah utk mengetahui mana yg baik bagi dirinya dan apa yg mesti dilakukan setelah istikharah dapat diketahui dari lafaz doanya, iaitu sekiranya perkara tersebut baik kita memohon kepada Allah agar memudahkan dan menetapkannya utk kita, memberi berkah dan meredhakan (ridha) hati kita, dan sekiranya perkara tersebut buruk bagi kita mohon kepadaNya agar menjauhkan perkara tersebut dari kita dan agar memberi kita hidayah ke arah yg baik.
Menunggu hidayah dan taufiq dari Allah.... (ada ke saper2 yg nak tunggu taufik lain?......) setelah melakukan istikharah adalah merupakan amalan yg harus kita kerjakan dan sekaligus menjadi harapan kita. Inilah cara yg ditentukan oleh Syar'ie. Tdk boleh kita menambahnya sehingga akan terbuka di dlm diri kita pintu2 syaitan utk masuk ke dalamnya yg dgn menebarkan was2nya dia masukkan fikiran2 rosak dan keyakinan2 yg batil.
Soal jawab sekitar istikharah:
1 Seseorg menghadapi masalah, lalu dia ingin beristikharah. Akan tetapi dia tdk mempunyai waktu yg cukup utk solat dan doa istikharah sekaligus kerana sedang berada dlm kenderaan misalnya, sedangkan dia tdk berwudu`... maka dia boleh berdoa saja tanpa solat... kerana kita tahu hukum solat dan doa istikharah adalah sunnah... sekiranya ada wudu` dan memungkinkannya utk keluar dari kenderaan, lebihlah elok dilakukan sebaiknya tetapi kalau tak mampu, buatlah sekedar yg dia mampu... solat dlm kenderaan tanpa menghadap kiblat.... dan doa, atau sekedar dpt doa saja tanpa solat kerana tiada wudu`.
2 Sekiranya tdk mampu menghafal doanya, beristikharahlah dgn lafaz yg mampu dia katakan, lalu dia sebut keperluannya. Sekurang2nya sebutlah Allahumma khirli wakhtarli...Ya Allah pilihkanlah mana yg terbaik utkku..
3 Seseorang berdoa istikharah setelah melakukan solat sunnah, tapi tdk didahului dgn memuji Allah dan selawat kpd nabi... Pada asalnya awal dan penutup dari semua doa adalah hamdalah dan selawat berdasarkan hadis nabi yg bermaksud:< Semua doa terhijab hingga dibacakan selawat kpd nabi>. Juga sbgmana ayat 10 surah Yunus yg bermaksud: <dan akhir dari ucapan mereka adalah alhamdlillahi rabbil alamin>... wa akhiru da'wahum anil hamdu lillahi rabbil alamin. Juga hadis lain yg bermaksud: <setiap urusan penting yg tdk didahului dgn hamdalah maka cacat>. Kesimpulannya, kenalah baca hamdalah dan selawat...semasa membuka dan menutup doa... Sebuah hadis yg lain ada menyebutkan, maksudnya:< Rahsiakanlah pinanganmu.... ((antunna tahukan alkhitbatu sir...jadi jgnlah buat majlis besar2 kalau sekedar bertunang))... kemudian berwudu`lah dgn baik, kmdian solatlah sesuai dgn yg tlh ditetapkan oleh Allah, kmdian puji dan agungkanlah Tuhanmu, kmdian berdoalah: Wahai Allah, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Kuasa sedangkan aku tdk kuasa sedikitpun, Engkau Maha Tahu sedangkan aku sedikitpun tdk tahu, Engkaulah yg Maha Tahu urusan2 ghaib>.
4 Sekumpulan orang berkeinginan melakukan istikharah dlm satu urusan mereka, lalu mereka melakukan secara berjamaah... boleh saja, tetapi yg afdhalnya bersendiri.
Kesimpulannya ... siapa2 yg tak mahu berdoa kerana menganggap ianya seperti mengendeng ke... apa ke... awas! (ni kata sayalah)... Banyak hadis2 yg menganjurkan kita berdoa... dan mengangkat tangan semasa berdoa... dengan mak bapak sendiri kita boleh mintak... inikan pula Pencipta kita.... mintak... mintak... jgn tak mintak.... rugi kalau harus menunggu kat akhirat baru nak mintak.... Sabda baginda yg bermaksud:< Barangsiapa yg tdk mahu meminta kpd Allah maka Allah marah padanya>.
|
|