|
Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Oct 30, 2005 12:45:25 GMT 8
BAGAIMANAKAH saya ingin mengganti puasa saya sebanyak lima hari yang ditinggalkan 11 tahun lalu? Saya difahamkan fidyah harus dibayar tetapi bagaimana dan berapa saya harus membayarnya? Bagaimana pula puasa yang ditinggalkan pada tahun-tahun sebelumnya tanpa mengetahui berapa hari yang ditinggalkan?
INA, Melalui emel
|
|
|
Post by Ahmad Sabri bin Jinlapudin on Oct 30, 2005 12:47:02 GMT 8
ORANG yang meninggalkan puasa sama ada dengan sengaja atau tidak, wajib mengqadakannya. Mereka diwajibkan mengqada sebanyak mana hari yang ditinggalkan. Dalam masalah anda, diwajibkan mengqadakannya sebanyak lima hari tanpa perlu menambah jumlah hari walaupun sehari.
Cuma mereka yang sudah terlewat mengqadanya sehingga memasuki Ramadan baru maka mereka dikenakan denda iaitu dengan membayar secupak beras untuk sehari yang ditinggalkan. Kalau terlewat sehingga memasuki dua kali Ramadan maka dendanya ditambah secupak lagi menjadikan dua cupak untuk sehari yang ditinggalkannya. Begitulah seterusnya.
Dalam masalah anda yang sudah terlewat 11 tahun maka anda bukan saja diwajibkan menggantikan puasa yang ditinggalkan bahkan diwajibkan membayar fidyah untuk satu hari dendanya ialah 11 cupak, kalau ditinggalkan lima hari didarabkan dengan 11 cupak maka jumlahnya adalah 55 cupak yang perlu dikeluarkan.
Sekiranya anda tidak mengqadakan puasa pada tahun ini maka Ramadan akan datang puasa tetap lima hari cuma fidyah atau denda ditambah satu cupak lagi, menjadi 12 cupak untuk satu hari yang ditinggalkan. Kalau lima hari didarabkan 12 cupak bersamaan 60 cupak begitulah seterusnya.
Mengenai berapa hari puasa yang ditinggalkan, ini berdasarkan keyakinan anda dan cadangan saya biarlah buat lebih kerana ibadat ini banyak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa yang melakukannya.
|
|